Minggu, 28 Agustus 2011

Ikan Berkumis Yang Mantap

Terdapat 3 jenis sembilang yang biasa ditemui di negara kita yaitu sembilang sungai, sembilang karang dan gemang. Gemang adalah spesies berkepala lebih besar dari sembilang biasa dan berkulit cerah sedikit. la merupakan spesies yang lebih besar dari sembilang biasa. Barisan giginya lebih kasar. Ramai berpendapat sembilang apabila besar dipanggil gemang. Sebenamya gemang cuma tergolong dalam keluarga sembilang. Bagi saya, anda boleh membuat perbandingan di antara sembilang dan gemang dari segi ciri-ciri yang saya sebutkan tadi untuk mendapatkan kepastian yang lebih. Dari kecil, kedua-dua spesies ini sudah mempunyai perbedaan 'rupa' tetapi mempunyai sifat yang lebih kurang sama.
Sembilang karang (Plotosus lineatus) lebih kecil dari sembilang biasa dan gemang. la berkulit gelap, mempunyai jalur cerah di badan dan kulitnya lebih cantik dan menarik dari abang-abangnya. Namun begitu anda jangan terpedaya kerana ia mempunyai sengat yang lebih 'power' dari abangnya walaupun berbadan kecil.

Keluarga sembilang mempunyai 3 duri, satu di sirip atas dan sepasang di kiri dan kanan yang tajam atau lebih dikenali sebagai sengat berbisa yang cukup membuatkan mangsa berperang dengan kesakitan lebih kurang 3 hari. Saya sendiri pernah dua kali merasai denyutan bisanya yang membuatkan kawasan sengatan bengkak selama 4 hari.
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar